
1 Oktober 2026 l Putrajaya
Semalam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah mewakili suara kontraktor pembinaan Bumiputera dalam sesi libat urus bersama YAB Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, bersama wakil-wakil persatuan berkaitan industri pembinaan.
Turut hadir YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, serta YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), dan Ketua Setiausaha (KSU) daripada kementerian-kementerian yang terlibat dengan pelaksanaan projek pembinaan.
DPMM diwakili oleh En. Mohd Dzahir bin Jamudin, Timbalan Presiden DPMM, serta Tn. Hj. Kamaludin Mohd Noor, Ahli DPMM dan wakil Konsortium Pembinaan dan Infrastruktur DPMM.
Antara perkara utama yang diketengahkan DPMM ialah keperluan memperkukuh daya tahan kontraktor Bumiputera berdepan cabaran kos dan aliran tunai, khususnya:
Alhamdulillah, saranan dan cadangan DPMM bersama cadangan daripada wakil-wakil persatuan lain diterima baik oleh YAB Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.
DPMM akan terus mengikuti perkembangan dan membuat susulan secara dekat bagi memastikan isu dan cadangan yang dibawa dapat diterjemahkan kepada intervensi serta penambahbaikan yang memberi manfaat kepada kontraktor Bumiputera.
Terima kasih kepada pihak Kerajaan, khususnya YAB Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan, atas kesediaan untuk mendengar pandangan, cabaran dan keluhan pemain industri pembinaan.