
20 Ogos 2026 | Kuala Lumpur
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menerima kunjungan Astro AWANI bagi membincangkan cadangan kolaborasi menerusi Program JIWA SME, dalam usaha memperluas platform dan peluang kepada komuniti usahawan.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden DPMM, En. Dzahir bin Jamudin, dan turut dihadiri Naib Presiden merangkap YDP DPMM Negeri Pahang, En. Yusri bin Yusof; Naib Presiden merangkap YDP DPMM Negeri Selangor, Tn. Hj. Ar. IDr. Mohd Azli bin Md Yusof, serta Ahli Majlis DPMM.
Delegasi Astro AWANI diketuai oleh Zaiful Ariffin, Pemangku Ketua Pengarang Astro AWANI.
Antara perkara utama yang dibincangkan ialah hasrat Astro AWANI untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama DPMM dalam menjayakan Program JIWA SME, khususnya melalui hebahan dan promosi kepada ahli serta jaringan usahawan DPMM.
Kolaborasi ini dilihat sebagai satu langkah strategik untuk memperluas capaian, mengangkat kisah dan suara usahawan, serta membuka lebih banyak ruang untuk komuniti SME diketengahkan kepada masyarakat.
DPMM terus komited membina jaringan strategik bersama media dan pemain industri dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan serta memperkasakan usahawan Melayu Malaysia.
#DPMM #AstroAWANI #JIWASME #SME #UsahawanMelayu #UsahawanMalaysia #Keusahawanan #EkonomiMelayu #PemerkasaanUsahawan #KerjasamaStrategik