8 OKTOBER 2026 l ANJUNG MELAYU
Dewanita DPMM dan Dewan Muda DPMM terus memperkukuh usaha dalam membuka ruang dan peluang kepada usahawan tempatan untuk melangkah ke pasaran antarabangsa menerusi sesi Coffee & Conversation: Expanding Beyond Malaysia bersama London Prestige Group (LPG) pada 6 Oktober 2026 di Anjung Melayu.
Sesi yang dipengerusikan oleh En. Hisham dan disampaikan oleh Rathi Pragasam ini memberi fokus kepada persediaan serta strategi yang diperlukan oleh usahawan sebelum meneroka pasaran luar negara.
Antara perkara yang dikongsikan termasuk kepentingan memahami permintaan pasaran, kesesuaian produk, penetapan harga, margin, market-entry readiness serta keperluan membina jaringan dengan rakan kongsi tempatan.
Pendekatan “start small, then scale” turut ditekankan melalui pelaksanaan pilot test, penghantaran sampel dan showcase sebelum sesuatu produk dikembangkan ke skala lebih besar.
Bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan secara lebih tersusun, antara cadangan yang diketengahkan ialah mewujudkan DPMM Export Community yang menghimpunkan usahawan berpotensi dan membimbing mereka melalui proses:
Data Usahawan → Segmentation → Readiness Assessment → Market Study → Local Partner → Pilot → Deal → Scale
Usahasama Dewanita DPMM dan Dewan Muda DPMM ini mencerminkan komitmen kedua-dua sayap dalam memperkukuh kapasiti usahawan serta membuka laluan daripada sekadar market exposure kepada business conversion dan sustainable export growth.
Daripada pasaran tempatan, bersama melangkah ke pasaran global.