Di sebalik sejarah Terusan Ban Kenal dalam konteks krisis bekalan beras Malaya

Sebelum penaklukan Jepun, kronologi sejarah merekodkan penguasaan Penjajah Barat ke atas Tanah Melayu bermula sejak keruntuhan Empayar Melaka pada tahun 1511 Masehi, sehinggalah akhirnya pihak British berjaya mengambilalih kekuasaan di Semenajung Tanah Melayu pada tahun 1870an dan menjadikan Perak dan Selangor sebagai negeri penjana ekonomi kolonial melalui aktiviti perlombongan dan perladangan.