
KUALA LUMPUR, 25 September 2026
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah menghadiri Business Networking Dinner yang dianjurkan pada Hari rabu Yang Lepas, ini bersempena usaha memperkukuh hubungan perdagangan dan kerjasama perniagaan antara Malaysia dan Bangladesh.
DPMM diketuai oleh En. Norsyahrin bin Hamidon, Presiden DPMM merangkap Presiden National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM), bersama YBhg. En. Mohd Dzahir bin Jamudin, Timbalan Presiden DPMM merangkap Naib Presiden NCCIM, serta Dato’ Mazrol Nizam bin Abdullah, Setiausaha Agung DPMM merangkap Setiausaha Agung NCCIM.
Program yang berlangsung di Micasa Shoppes, Kuala Lumpur ini turut menghimpunkan wakil kerajaan, dewan perniagaan dan komuniti perniagaan Malaysia serta Bangladesh.
Antara pengisian utama adalah sesi perkongsian dan pertukaran pandangan berkaitan peluang perdagangan dan pelaburan, termasuk ucapan khas daripada wakil Dhaka Chamber of Commerce & Industry (DCCI), Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia.
Kehadiran DPMM dalam program ini mencerminkan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala, memperluas jaringan perniagaan serta meneroka peluang kerjasama ekonomi dan perdagangan antara komuniti usahawan Malaysia dan Bangladesh.