4 November 2026 l Kuala Lumpur

Semalam, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), En. Dzahir Jamudin telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Chief Digital and Innovation Officer TEKUN Nasional, Tuan Haji Mohamad Fauzi Yahya.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah YDP DPMM Negeri Sembilan yang memegang portfolio Pembangunan Usahawan, En. Kamaruzaman; Pengerusi Dewan Muda, Ts. Azrul Zafri; Pengerusi Dewanita, Dr. Suffia; serta Nurul Ain dari JKN DPMM Putrajaya.

Turut menyertai pertemuan ini ialah Zaid Ismail (Ketua Jabatan Latihan Keusahawanan), Yuslizal Mohd Yunus (Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan) dan Mohd Noor Miswan (Jabatan Undang-Undang).

Dalam pertemuan ini, pihak TEKUN telah berkongsi penerangan mengenai beberapa produk dan kemudahan pembiayaan yang boleh diketengahkan kepada ahli-ahli DPMM bagi membantu menyokong perkembangan serta kelangsungan perniagaan mereka.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada potensi kerjasama strategik antara TEKUN Nasional dan DPMM, khususnya dalam memperluas akses usahawan kepada kemudahan pembiayaan, sokongan perniagaan serta peluang pembangunan usahawan.

DPMM berharap pertemuan ini menjadi langkah ke arah kerjasama yang lebih erat dan berimpak dalam memperkukuh ekosistem usahawan Bumiputera, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

DPMM – Memperkasa Usahawan, Memacu Ekonomi Melayu.

#DPMM #TEKUNNasional #KerjasamaStrategik #UsahawanBumiputera #EkonomiMelayu #PembangunanUsahawan #PMKS #PembiayaanUsahawan #EkosistemKeusahawanan #MemperkasaUsahawan