KUALA LUMPUR | 12 OKTOBER 2026
Jumaat lepas satu mesyuarat perbincangan kerjasama antara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) dan Astro AWANI telah diadakan pada Jumaat lalu bagi membincangkan peluang kolaborasi sempena penganjuran Jelajah JIWA SME 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2026 di Aman Sentral, Alor Setar, Kedah.
Pertemuan tersebut melibatkan Mohammad Fairuz Hashim, Pengurus Besar dan Ketua Bahagian Skim Jaminan (SJPP dan SJKP) di Prokhas Sdn. Bhd., serta Cherish Leow, Editor Eksekutif Editorial Commercial merangkap Penolong Naib Presiden, Branded Content & Editorial Solutions di Astro AWANI.
Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan penganjuran sesi podcast DPMM bersama SJPP atau bengkel berkaitan pembiayaan dan sokongan perniagaan bagi memberikan pendedahan lebih meluas kepada usahawan.
DPMM turut mencadangkan penganjuran program berasingan yang memfokuskan kepada sesi libat urus bersama ahli-ahli DPMM Kedah. Program ini dicadangkan berlangsung di hotel berhampiran lokasi Jelajah JIWA SME, dengan penglibatan SJPP serta liputan media oleh Astro AWANI.
Mesyuarat turut membincangkan hala tuju Jelajah JIWA SME bagi tahun 2027, termasuk cadangan pelaksanaan program mentor dan protege yang menghubungkan usahawan terpilih dengan pihak berpengalaman dalam ekosistem pembiayaan dan perniagaan. SJPP atau institusi perbankan yang berminat dicadangkan untuk berperanan sebagai mentor bagi membimbing usahawan dalam mengembangkan perniagaan masing-masing.
Selain itu, cadangan memperkenalkan anugerah khas kepada usahawan turut dibincangkan sebagai usaha mengiktiraf pencapaian, usaha dan sumbangan mereka terhadap pembangunan ekonomi negara.
Secara keseluruhannya, pertemuan ini membuka ruang kepada kerjasama strategik antara DPMM, SJPP dan Astro AWANI dalam memperluas akses kepada maklumat pembiayaan, memperkukuh jaringan perniagaan serta meningkatkan pendedahan media kepada usahawan.