Kuala Lumpur | 11 Ogos 2026
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) terus memperkukuh peranan dalam membuka ruang dan peluang baharu kepada komuniti perniagaan Melayu dan Bumiputera di peringkat antarabangsa.
DPMM diwakili oleh Timbalan Presiden DPMM merangkap Vice President NCCIM, YBhg. Mohd Dzahir bin Jamudin, dalam majlis Think Business, Think Hong Kong anjuran Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) di Shangri-La Kuala Lumpur.
Dalam majlis tersebut, YBhg. Mohd Dzahir bin Jamudin turut mewakili NCCIM dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara NCCIM dan HKTDC, yang menjadi langkah penting dalam memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan jaringan perniagaan antara Malaysia dan Hong Kong.
Turut hadir mewakili DPMM ialah Setiausaha Agung DPMM merangkap Secretary General NCCIM, YBhg. Dato’ Mazrol Nizam bin Abdullah.
Majlis ini turut disaksikan oleh YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia, serta Mr. Algernon Yau Ying-wah, Secretary for Commerce and Economic Development, Hong Kong SAR.
Kerjasama strategik NCCIM–HKTDC ini berpotensi membuka lebih banyak peluang kepada komuniti perniagaan Malaysia, khususnya usahawan Melayu dan Bumiputera, untuk:
🔹 Memperluas jaringan perdagangan Malaysia–Hong Kong
🔹 Meneroka peluang pasaran Hong Kong dan Greater Bay Area
🔹 Memudah cara padanan perniagaan (B2B) dan misi perdagangan
🔹 Meningkatkan akses kepada pelaburan rentas sempadan
🔹 Membuka peluang dalam teknologi, inovasi, kewangan, logistik dan ekonomi digital
🔹 Memperkasa PKS untuk menembusi pasaran serantau dan global
DPMM komited untuk terus membuka pintu pasaran global dan memperkukuh daya saing ekonomi Melayu dan Bumiputera.