
7 Ogos 2026
Coffee House, Four Points by Sheraton, Puchong
Jawatankuasa Kerja (JKP) Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan telah mengadakan satu perjumpaan santai Presiden DPMM, Norsyahrin Bin Hamidon, bagi membincangkan beberapa agenda strategik ke arah memperkukuh pembangunan usahawan Bumiputera.
Antara perkara yang dibincangkan ialah perkembangan persiapan Program GEMA DPMM–MARA yang dijadualkan berlangsung pada 17 Ogos 2026, termasuk penyelarasan pelaksanaan program bagi memastikan impak yang lebih menyeluruh kepada komuniti usahawan.
Turut menjadi fokus perbincangan ialah cadangan penubuhan Konsortium Pertanian dan Industri Asas Tani DPMM sebagai platform untuk memperkukuh kerjasama strategik, meningkatkan daya saing usahawan serta membuka lebih banyak peluang perniagaan dalam sektor pertanian dan industri asas tani.
DPMM komited untuk terus memperkasa ekosistem keusahawanan Melayu melalui jaringan kerjasama yang kukuh, inisiatif berimpak tinggi serta agenda pembangunan ekonomi yang mampan demi manfaat ahli dan negara.