Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) terus memperkukuh peranan sebagai suara utama industri tempatan apabila dijemput ke perbincangan strategik bersama Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican ini menumpukan kepada impak krisis tenaga global terhadap ekonomi negara, khususnya PMKS, serta keperluan respons dasar yang pantas dan berkesan.
Dipimpin oleh Norsyahrin Hamidon, DPMM bersama MTEM membawa input strategik berteraskan realiti semasa perniagaan tempatan. Turut hadir Felo Kanan DPMM En. Azlan Awang, ahli pemegang amanah MTEM saudara Mohammad Syahnis , Setiausahal Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (Bumipeda) Puan Hanny Julia bagi mengetengahkan isu pengusaha stesen minyak yang dibawa oleh DPMM.
DPMM turut menyeru NGO-NGO Melayu lain agar terus membawa isu dan cabaran industri ke platform ini—DPMM komited untuk mengangkat dan memperjuangkan setiap isu tersebut hingga ke peringkat pembuat dasar.
Kehadiran dan peranan aktif ini mengukuhkan kedudukan DPMM dan MTEM sebagai rakan strategik kerajaan dalam memastikan ketahanan ekonomi negara terus diperkasa.