
DPMM & KHAZANAH
PELUANG STRATEGIK UNTUK SYARIKAT MID-TIER & SME BUMIPUTERA
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah mengadakan perbincangan lanjut bersama wakil daripada Khazanah Nasional Berhad berkenaan potensi kerjasama strategik dalam memperluas penyertaan syarikat Bumiputera ke dalam program Dana Impak Khazanah, khususnya Mid-Tier Companies Growth Innovation Programme (MGIP).
DPMM yang diwakili oleh Presiden En. Norsyahrin bin Hamidon, bersama En. Mohd Dzahir bin Jamudin, yang memfokuskan kepada kerjasama dalam penyebaran maklumat serta pengenalpastian syarikat mid-tier dan SME berpotensi tinggi dalam kalangan ahli-ahli DPMM.
Untuk makluman, MGIP ialah program selama 18 bulan yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, pertumbuhan dan keupayaan inovasi MTC yang mengambil bahagian. Program ini dibahagikan kepada tiga fasa utama, iaitu:
· Fasa Enablement
· Fasa Acceleration
· Fasa Venture Build
DPMM melihat bahawa kerjasama ini bakal memberikan impak yang sangat besar, khususnya kepada ahli-ahli DPMM yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi, merangkumi aspek inovasi, pembukaan pasaran baharu serta akses kepada sokongan pembangunan kapasiti dan pelaburan strategik.
DPMM akan membantu menyelaras hebahan dan mengenal pasti syarikat ahli yang berpotensi, termasuk melalui platform GEMA, sesi taklimat dan penglibatan berterusan bersama pihak Khazanah.
Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi DPMM.