
MESYUARAT EKSEKUTIF DEWAN PERNIAGAAN MELAYU BIL. 1/2026
Mesyuarat Eksekutif Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) Bil. 1/2026 sebagai platform penting bagi membincangkan hala tuju strategik organisasi bagi tahun 2026.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada perancangan program berimpak tinggi, pengukuhan peranan DPMM sebagai suara utama usahawan Bumiputera, serta penyelarasan gerak kerja bersama ahli dan rakan strategik di peringkat nasional dan negeri.
Perbincangan yang konstruktif dan berfokus ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan DPMM dalam memperkasa ekosistem perniagaan Bumiputera secara inklusif, mampan dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pembangunan ekonomi negara.
DPMM kekal komited sebagai pemacu dan pemudah cara utama pembangunan ekonomi Bumiputera.