DPMM terus menyokong agenda kelestarian dan pembangunan mampan negara.
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini diwakili oleh Naib Presiden, En. Yusry bin Yusof serta Ahli Majlis Eksekutif, En. Hisham Abdul Hamid dalam 5th Malaysia Sustainability Leadership Summit yang berlangsung di The Majestic Hotel Kuala Lumpur.
Bertemakan “Driving Sustainable Development Through Transformative Partnerships and Collaboration”, sidang kemuncak ini menghimpunkan penggubal dasar, pemimpin perniagaan, CEO dan tokoh masyarakat bagi membincangkan pendekatan strategik dalam memperkukuh agenda Sustainable Development Goals (SDG) di Malaysia.
Antara fokus utama termasuk memperkukuh kerjasama Public-Private-People Partnership (4P), perkongsian amalan terbaik ESG serta penerokaan peluang kolaborasi bagi membina pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan.
DPMM percaya kelestarian bukan sekadar tanggungjawab, tetapi merupakan sebahagian daripada strategi masa depan dalam memperkukuh daya saing usahawan dan ekosistem perniagaan Malaysia. 🤝🌱
Bersama membina perniagaan yang mampan, berdaya saing dan bersedia untuk masa hadapan.