UCAPAN TAHUN BAHARU 2026
Daripada Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)
Kita melangkah ke tahun baharu dengan semangat baharu dan tekad yang lebih kukuh.
Melalui Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA) dan kejayaan Majlis GEMA AI, DPMM terus komited memperkasa usahawan Melayu melalui teknologi, inovasi dan jaringan strategik.
🚀Jelajah GEMA 2026 bakal digerakkan ke seluruh negara bagi memastikan manfaat GEMA sampai ke peringkat akar umbi.
Inilah masanya untuk kita bergerak pantas, berani berubah dan memimpin masa depan ekonomi negara.
Selamat Tahun Baharu.
Kita bangkit, kita mara, kita memimpin.
Norsyahrin bin Hamidon
Presiden
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)