fbpx

PUTRAJAYA, 25 NOVEMBER 2024 – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah dijemput menghadiri Sesi Dialog Integriti: Tatakelola dan Tadbir Urus Beretika dari Sudut Ketua Audit Negara yang berlangsung di Putrajaya minggu lepas.

Acara ini, yang dianjurkan oleh Commerce Dot Com (CDC) sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional (SBIN), menjadi wadah penting dalam membincangkan kepentingan amalan tatakelola yang beretika, integriti dalam pentadbiran, dan tanggungjawab bersama untuk memacu pembangunan sektor awam serta korporat di Malaysia.

Sesi dialog tersebut menampilkan pembentangan utama oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara Malaysia, yang berkongsi pandangan strategik mengenai akauntabiliti kewangan, pelaksanaan tadbir urus yang efisien, dan usaha untuk menyelaraskan matlamat organisasi dengan nilai integriti.

DPMM amat menghargai jemputan daripada CDC. Perbincangan dan wawasan yang dikongsikan telah memberi inspirasi kepada semua yang hadir untuk terus mengutamakan integriti sebagai asas kukuh dalam tadbir urus dan perniagaan. DPMM kekal komited untuk memainkan peranan aktif dalam memupuk budaya integriti di kalangan komuniti perniagaan Bumiputera, sejajar dengan aspirasi pembangunan negara yang mampan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *