fbpx

7 November 2024 – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) semalam menerima kunjungan hormat daripada Malaysia Jakarta Chamber (MCJ) di Anjung Melayu. DPMM diwakili oleh Setiausaha Agung En. Yazid Othman bersama En. Dzahir Jamudin , Yang Dipertua DPMM Putrajaya, serta beberapa wakil DPMM yang lain.

Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan jalinan kerjasama strategik serta bertukar pendapat antara DPMM dan MCJ mengenai pelbagai isu termasuk:

-Kaedah untuk memudahkan kemasukan syarikat Malaysia ke pasaran Indonesia.

-Cabaran eksport barang dari Malaysia ke Indonesia.

-Situasi ekonomi dan perdagangan semasa di Indonesia.

Sebagai organisasi yang berperanan memperkukuh hubungan perdagangan antara Malaysia dan Indonesia, khususnya di Jakarta, MCJ bertindak sebagai platform yang menghubungkan syarikat-syarikat Malaysia dengan rakan kongsi, peluang pelaburan, dan akses pasaran di Indonesia. MCJ turut memberi sokongan kepada usahawan Malaysia yang berhasrat untuk meluaskan perniagaan mereka ke pasaran Indonesia.

DPMM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Raja Elona Safinaz, Presiden Malaysia Jakarta Chamber (MCJ), dan wakil-wakil MCJ yang hadir atas kunjungan hormat ini. Semoga kerjasama yang dibincangkan ini dapat direalisasikan demi manfaat bersama kedua-dua pihak.

#malaysiamadani#DewanPerniagaanMelayuMalaysia#kitabantukita#DPMM#dewanperniagaanmelayumalaysia#bangsausahawan#KerjasamaStrategik#BerjasaBerjayaBangsa#dpmm#usahawanMalaysia#berjasaberjayabangsa#indonesimalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *