fbpx

19 JUN 2024 – Semalam bertempat di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, Presiden DPMM En Norsyahrin Hamidon bersama beberapa wakil dari DPMM menghadiri majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-Republik Rakyat China.

Semalam menerusi ucapan oleh kedua pemimpin negara kita iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan rakan sejawatnya TYT Li Qiang, Premier Republik Rakyat China, dapat melihat keakraban hubungan setengah abad ini serta kesungguhan kedua-dua pemimpin ini untuk terus melakar kegemilangan bersama. Hubungan diplomatik yang kuat ini tidak langsung telah membawa banyak faedah kepada rakyat Malaysia dan China, termasuk dalam bidang perdagangan, pendidikan, kebudayaan dan kemajuan pembangunan.

Hasil dari ucapan semalam DPMM berharap, dengan kehadiran dan komitmen para pemimpin kita, hubungan antara Malaysia dan China akan terus berkembang. Semoga kita dapat meneroka lebih banyak peluang kerjasama, memajukan inovasi dan menggalakkan pertukaran budaya yang lebih erat demi membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk kedua-dua negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *