17 JANUARI 2024 – Sebentar tadi DPMM menerima kunjungan hormat dari MALAYSIA DEBT VENTURES BERHAD di Anjung melayu. DPMM diwakili oleh En Dzahir Bin Jamudin YDP DPMM W.P PUTRAJAYA bersama Pengarah Eksekutif DPMM En Osmirizan Bin Melan dan Sazaindrais bin Sajit wakil dari DPMM W.P Putrajaya

Perbincangan sebentar tadi ialah bagi melihat kerjasama yang boleh dilakukan antara MALAYSIA DEBT VENTURES BERHAD bersama DPMM dari segi pembiayaan yang boleh membantu usahawan-usahawan terutama sekali ahli-ahli DPMM yang ingin bantuan dalam kewangan perniagaan.

Seperti sedia maklum Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2002 dengan objektif untuk menyediakan kemudahan pembiayaan yang fleksibel dan inovatif bagi membangunkan sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang telah dikenal pasti dan diberi keutamaan oleh Kerajaan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan negara.

Terima kasih diucapkan kepada Wakil MALAYSIA DEBT VENTURES BERHAD En Sharul Sazman Samaan ( Senior Vice President, Client Coverage Business Division ) dan Amelia Ong Binti Abdullah ( Vice President, Client Coverage Support Business Division ) di atas kunjungan ini dan semoga kerjasama ini dapat di realisasikan bagi membantu usahawan-usahawan dari segi pembiayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *