Merujuk kepada keputusan jemaah menteri yang memutuskan untuk menetapkan Tabung Haji
sebagai sebuah institusi kewangan Islam di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI),
kami NGO2 yang disenaraikan di bawah, menuntut Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH serta Menteri Kewangan menggantungkan keputusan tersebut dengan segera.

Kami amat dukacita kerana keputusan untuk mengawalselia Tabung Haji seperti bank2 Islam lain
telah dibuat dengan tergesa-gesa tanpa konsultasi awam; seolah-olah tidak peka bagaimana ianya
boleh mengubah konsep model perniagaan yang diilhamkan oleh pengasas TH; sekaligus menafikan
peranan TH dalam memperkasa serta membangun ekonomi muslim.

Keputusan jemaah menteri juga dilihat bercanggah dengan penubuhan RCI oleh jemaah menteri
sendiri yang diumumkan sehari sebelum itu; yang antara lain bagi mengkaji semula pelan pemulihan
TH.

Justeru penetapan TH di bawah APKI adalah pra matang dan boleh memprejudis siasatan RCI dan
meletakkan mandat suruhanjaya siasatan diraja sebagai lemah dan tidak bermakna. RCI seharusnya
diberikan tempoh yang wajar bagi menyempurnakan siasatannya sebelum apa-apa keputusan
penetapan TH tersebut diumumkan.

Atas dasar di atas, kami yang nama organisasi tertera di bawah, menggesa keputusan penetapan TH
sebagai institusi perbankan Islam digantung dan ditangguh dengan segera sehingga siasatan RCI
selesai dan sehingga pandangan semua pihak termasuk pakar dan badan-badan NGO Islam diambil
kira.

Yang benar,

Tuan Hj Ar. Mohd Azli bin Md Yusof
Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

Tn Haji Abd Halim Husin
Pengerusi,
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Tn Haji Aminuddin Yahaya,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Datuk Dr Hassan Mad,
Setiausaha Agung,
Majlis Perundingan Melayu (MPM)

Cikgu Mohd Zai Mustafa,
Pengerusi,
GERAKAN PEMBELA UMMAH (UMMAH) dan Gabungan Ngo Bersekutu.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim,
Pengerusi Bersama,
Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA)

Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera
Pengerusi Pergerakan Keadilan Monetari Malaysia (MMJ)

Turut menyokong:
1. Dato Faridah A Jabbar,
Yang Dipertua, Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (USAHANITA)

2. Pengerusi Datuk Seri Sharif Busrah,
Pengerusi, ADAB Sarawak.

3. Abd Kareem B Said Khadaied.
Ketua Aktivist, Gabungan Demi Melayu

4. Nor Razizi
 Presiden, Persatuan Pengusaha Industri Bengkel Malaysia

5. Mohd Azeman Bin Omar
Presiden, Himpunan Anak Kedah Malaysia

6. Dato Azlin Ahmad Shaharbi
Presiden, Persatuan Wanita Bumiputera Perniagaan & Profesyen ( Peniagawati)

7. Mohamad Jamalee Bashah
Presiden Persatuan Patriots Malaysia ( Patriots)

8. Mahmud Hishamuddin
Setiausaha Agung, MUAFAKAT

9.Hajah Rokiah Bte Hassan
Presiden, Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia

11. Raja Petra Marudin
Naib Presiden, PEKEMA.

12. Hj Hanafee Yusoff,
Presiden, Persatuan Pengusaha Kayu Kayan dan Perabut Bumiputera Malaysia.

13. Hajah Asral Widad Bt. Ahmad Asnawi
Pengerusi, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)

14. Cr. Azlina Binti Mohamed Isa
Presiden, Persatuan Kebajikan OKU Pendengaran Kwsn Seputeh (PKOPKS)

15. Dato’ Nor Haliza Hussain
Pengerusi, Dewanita Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

17. Dato Md Pishal Ab Raub
Presiden, Muslim Business Association of Malaysia (MUBIN)

18. Sukmamurni Abdul Manap
Presiden, Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita (WADI)

19. Ustaz Dr Zamihan Mat Zin Al Ghari
Presiden, Aswaja Malaysia

20. Datuk Dr Mohd Ghazali bin Md Noor
Convenor, Global Waqf Conference

21 Dato Najmudeen. kader
Presiden, Liga Muslim

22. Bashir Ahmad Bin Kassim
Pengerusi, Dewan Perniagaan Muslim Sabah (DPMS)

23. Datuk Nadzim Johan.
Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam M’sia (PPIM).

24. Zaid Gregory Bramadesa Bin Philip
Naib Presiden & Ketua Biro Hal Ehwal Islam, Pertubuhan Pengerak Selangor Baru

25. Haji Jais Abdul Karim
Presiden, MCW – Pemerhati Rasuah Malaysia

26. Muhammad Ali Rali Bin Abdullah
KETUA BIRO DAKWAH , PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN PERSATUAN INSPIRASI MUALLAF

27. Ruslan Zainal Abidin
Setiausaha Agung, Gagasan Melayu Perak