
Alhamdulillah, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-57 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 29 Jun 2026.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Amizar bin Abu Adam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, yang hadir mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian YB Dato’ hadir menyempurnakan majlis ini. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan Kerajaan Negeri Pahang terhadap usaha memperkasa pembangunan ekonomi serta keusahawanan Melayu di negara ini.
Semoga Mesyuarat Agung Tahunan Ke-57 DPMM menjadi wadah yang terus menyatukan ahli-ahli DPMM dalam memperkukuh kerjasama strategik, melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing, serta memacu agenda ekonomi Bumiputera ke arah yang lebih mampan dan progresif.
“Bersatu Memperkasa Ekonomi Melayu, Meneraju Masa Hadapan Negara.”