Di bawah Fasal 6, ahli-ahli yang bernaung di bawah DEWAN kini adalah terdiri daripada:

1. Ahli Biasa
2. Ahli Bersekutu
3. Ahli Bergabung
4. Ahli Kehormat

Ahli Kehormat adalah :-

  • Mana-mana individu perseorangan yang difikirkan dan dianggap munasabah dan layak menjadi Ahli Kehormat DEWAN oleh Majlis Eksekutif DEWAN (MED), dan
  • Mana-mana orang perseorangan yang difikirkan dan dianggap munasabah dan layak menjadi Ahli Kehormat DEWAN oleh Jawatankuasa DEWAN Negeri.
  • Permohonan untuk menjadi Ahli Biasa, Ahli Bersekutu dan Ahli Bergabung hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan keahlian yang ditetapkan oleh MED.
  • Seseorang individu atau sesuatu perniagaan hanya boleh menjadi ahli bagi sebuah negeri sahaja dan di bawah satu Fasal sahaja, samada atas nama individu atau syarikat perniagaan.

Faedah Menjadi Ahli

Ahli Kehormat adalah :-

  1. Setiap nama dan syarikat berdaftar sebagai ahli DEWAN dimasukkan di dalam direktori dan bank data dewan. Ini digunakan untuk memperkenalkan syarikat-syarikat ahli kepada pihak kerajaan, agensi-agensi kerajaan, kedutaan Malaysia di luar Negara, pihak swasta dalam negeri/luar Negara dan institusi-institusi kewangan bagi mengenalpasti peniaga-peniaga Bumiputera yang layak untuk menjalankan projek mereka.

  2. Ahli DEWAN juga diberi keutamaan dalam menyertai kursus-kursus latihan, seminar, forum, dialog dan berbagai-bagai aktiviti anjuran DEWAN dengan bayaran minimum.

  3. Dengan menjadi ahli DEWAN, peniaga Melayu dapat memperluaskan perhubungan/perjumpaan perniagaan sesama mereka atau dengan pihak luar.

  4. Bagi ahli yang menghadapi masalah perniagaan, DEWAN ada menyediakan perkhidmatan kaunseling serta lain-lain bantuan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh ahli-ahli DEWAN.

  5. DEWAN juga menyediakan beberapa kemudahan untuk ahli-ahlinya mendapatkan perkhidmatan faks, fotostat, komputer, bilik mesyuarat/persidangan dan mengeluarkan Sijil Tempasal (certificate of origin).

Cara Menjadi Ahli

  • Sila muat turun Borang Keahlian pada pautan di atas dan serahkan kepada DEWAN Pusat / Negeri yang berdekatan dengan anda atau
  • Dapatkan Borang Keahlian di DEWAN Pusat / Negeri berdekatan.
  • Seseorang individu, syarikat atau sesuatu perniagaan hanya boleh menjadi Ahli bagi sebuah Negeri atau Wilayah Persekutuan sahaja dan
  • Di bawah satu Fasal sahaja, samada atas individu, syarikat atau perniagaan, kecuali
  • Untuk permohonan menjadi Ahli Bersekutu di bawah Fasal 6.3.4 dan Ahli Bergabung DEWAN di bawah Fasal 6.4.1 Perlembagaan ini yang dibuat terus kepada Ibu Pejabat DEWAN.
Close Menu