GO 4.0 adalah program kesedaran dan pendedahan pembangunan era ekonomi digital kepada rakyat. GO 4.0 memberi tumpuan khusus kepada pencetusan kesedaran dan pendidikan awal dalam merakyatkan kepentingan Revolusi Perindustrian Keempat, IR 4.0 di samping menyampaikan maklumat tentang cabaran dan peluang yang mampu dimanfaatkan daripadanya. Siri sulung program yang diatur DEWAN berlangsung menerusi Karnival GO 4.0 Langkawi pada 16 & 17 Februari 2018. GO 4.0 diteruskan dengan siri program sokongan ke seluruh Negara. 

Bacaan lanjut sila klik:  The-Edge

*CETAKAN SEMULA DENGAN IZIN THE EDGE FINANCIAL DAILY

Apakah IR 4.0?

Pada tahun 2016 bermula Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) adalah kesinambungan versi ketiga dalam peningkatan automasi beserta rangkaian Internet dan proses-proses fizikal lain dan muncul pula satu sistem berbentuk siber-fizikal. Industri 4.0 iaitu tentang penemuan pelbagai teknologi baharu yang antara lain menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotic, cloud, Internet of Things (IoT), dan perkara yang seumpamanya. Ia melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

Revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi. Dengan kata lain, teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Industri 4.0 juga dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan.

SIARAN AKHBAR

 

GO 4.0 LANGKAWI

DEWAN telah menganjurkan GO 4.0 Langkawi GO pada 16 dan 17 Februari 2018 di Dataran Parkir LADA di Langkawi. Ia merupakan program keusahawanan bertemakan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan disokong oleh Human Resources Development Fund (HRDF). GO 4.0 Langkawi merupakan siri pertama jelajah yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Acara dua hari ini dipenuhi dengan pelbagai program yang direka sejajar dengan strategi digital DEWAN. Program pembukaan hari pertama telah membawa pengunjung ke perkongsian pengalaman tentang penjanaan sumber pendapatan melalui platform IR 4.0. Taklimat-taklimat keusahawanan dari agensi kerajaan, usahawan wanita, selebriti juga telah berlangsung sepanjang 2 hari program. Program turut diwarnai dengan pertunjukan gimik robot, tarian teknologi LED, ceramah motivasi oleh usahawan-usahawan yang berjaya, pertunjukan fesyen oleh LOKA, aktiviti keluarga, hiburan dari artis tempatan, majlis penganugerahan perintis IR4.0, cabutan bertuah, serta sesi ramah mesra dengan pemain pasukan Bolasepak Kedah. Hampir 10 ribu pengunjung hadir ke GO 4.0 Langkawi sepanjang 2 hari ia berlangsung.

Close Menu