Misi DPMM

Misi DPMM

  • Menubuh dan mewujudkan satu pertubuhan perniagaan Melayu di peringkat kebangsaan dan negeri untuk kepentingan dan faedah Melayu di lapangan perniagaan dan ikhtisas.
  • Menyatupadukan peniaga dan ikhtisas Melayu untuk kepentingan dan faedah ekonomi Melayu.
  • Menentukan aktiviti DPMM Negeri dan Ahli Bergabung adalah selaras dengan asas dan tujuan DPMM
  • Membuat perhubungan atau bekerjasama dengan lain-lain badan atau persatuan yang mempunyai tujuan yang sama dengan DPMM.
  • Menjalankan penyelidikan dalam kesemua masalah dan untuk memajukan atau mencadangkan kaedah-kaedah tindakan dan prosedur yang dianggap perlu atau berfaedah untuk kesemua atau salah satu daripada asas dan tujuan DPMM.
  • Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa jua langkah selain daripada perkara di atas bagi kesempurnaan perjalanan DPMM Pusat dan Negeri bagi faedah ekonomi bangsa Melayu.
  • Membantu mewujudkan rangkaian perniagaan di antara Ahli-Ahli Dewan dan ahli-ahli Dewan-Dewan Perniagaan yang lain di dalam dan luar negara dan memberi keutamaan pengagihan peluan-peluang kepada Ahli-Ahli Dewan.
  • Mempastikan terjaminnya kepentingan Ahli di dalam undang-undang yang digubal atau dipinda di Malaysia yang berkaitan dengan perniagaan.

 

Visi DPMM

“DPMM adalah tonggak perjuangan bangsa Melayu yang dihormati, disegani serta diyakini di dalam dan luar negara” Antara Visi DPMM adalah seperti berikut :

  • Meningkatkan maruah dan kecemerlangan bangsa Melayu khususnya dalam bidang ekonomi di peringkat negeri, negara dan antarabangsa;
  • Menjadi wadah yang sensitif kepada isu dan keperluan bangsa Melayu (sesuai dengan peranannya sebagai tempat rujukan) di peringkat negeri, negara dan antarabangsa mengenai ekonomi, keusahawanan, bangsa dan negara;
  • Menjadi gandingan kepada kepemimpinan politik Melayu dan pemerintahan negara;
  • Menjadikan DPMM sebagai satu agenda nasional;
  • Melahirkan kepemimpinan DPMM yang berilmu, beramal dan beriman;
  • Memantapkan DPMM sebagai satu organisasi milik bangsa Melayu dan wakil kepada bangsanya di peringkat negeri, negara dan antarabangsa serta relevan kepada keperluan semasa masyarakat; dan
  • Melahirkan usahawan Melayu terutamanya dalam sektor-sektor strategik.

 

 

 

.