Borang PPKS

Borang Projek Perumahan Kos Sederhana Mampu Milik.

butang-ppks2butang-ppks-online

 

 

 

pangsa1

PANGSAPURI KOS SEDERHANA
Spesifikasi Rumah:-

  • Keluasan 850 kaki persegi
  • Ketinggian 15 tingkat
  • Parking Tingkat Bawah dan Luar
  • 10 tahun tanpa bayaran penyelenggaraan

 

pangsa2

RUMAH TERES DUA TINGKAT KOS SEDERHANA
Spesifikasi Rumah:-

  • Keluasan 1,400 kaki persegi
  • Luas Tanah 18’ x 70’
  • Jumlah sebanyak 200 unit hingga 1,000 unit

PROGRAM PERUMAHAN KOS SEDERHANA (PPKS)

SELARAS dengan hasrat dan komitmen Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) untuk membantu usahawan dan orang ramai yang berpendapatan sederhana untuk membeli rumah kos sederhana yang mampu dimiliki, maka DPMM telah menganjurkan satu program ”Perumahan Kos Sederhana Mampu Milik Konsep SeMalaysia (PPKS)” diseluruh Negara dengan tujuan dan matlamat utama untuk melaksanakan ‘Tanggungjawab Sosial’ tanpa motif keuntungan.
Dalam program ini DPMM akan membina 100,000 unit rumah terdiri dari rumah teres dua tingkat kos sederhana (1,260 ka.per.) dan pangsapuri kos sederhana (800 ka.per). Tanah untuk projek perumahan ini akan diperolehi dari Kerajaan-Kerajaan Negeri pada harga nominal.
Syarat khas perumahan ini hanya untuk warga negara Malaysia yang bermastautin di negeri dimana projek dilaksanakan dengan pendapatan antara RM 3,500.00 hingga RM 7,000.00 sebulan termasuk pendapatan bersama suami/isteri.
Bagi mempastikan program ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan mencapai matlamat, satu Jawatankuasa Penasihat Program telah diwujudkan dan diPengerusikan oleh Presiden DPMM dan Ahli-ahli terdiri dari Jawatankuasa Pengurusan DPMM, tokoh-tokoh pemaju hartanah Melayu, wakil dari GLC/Agensi Kerajaan, CIDB, wakil dari Bank dan Juruperunding pembinaan /konsultan yang ternama.
Program dibahagikan kepada lima (5) zon seperti berikut :

  • ZON 1 : UTARA (Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak)
  • ZON 2 : PANTAI TIMUR (Kelantan, Terengganu, Pahang)
  • ZON 3 : TENGAH (Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor)
  • ZON 4 : SELATAN (Johor, Melaka, Negeri Sembilan)
  • ZON 5 : MALAYSIA TIMUR (Sabah, Sarawak, Labuan)

Satu syarikat yang berkaitan telah ditubuhkan dengan nama DPMM Perumahan Bhd dan Nombor Pendaftaran 927793-T pada 30hb Mac 2012 yang beralamat di:-

No. 33 & 35, Bangunan DPMM,
Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur

 JAWATANKUASA PENASIHAT

Pengerusi
Datuk Syed Ali Alattas,
Presiden DPMM
Ahli-Ahli Mewakili DPMM
(Terdiri Dari Jawatan Kuasa Pengurusan)

  • Dato’ Haji Mohamad Alayuddin Che Hasan,
    Timbalan Presiden, DPMM
  • Dato’ Awang Buhtamam Awang Mahmun,
    Naib Presiden, DPMM
  • Dato’ Ab. Rahim Abu Bakar,
    Naib Presiden, DPMM
  • Encik Rizal Faris Mohideen Abd Kader,
    Naib Presiden, DPMM
  • Tuan Haji Hanafee Yusoff,
    Setiausaha Agung, DPMM
  • Encik Norsyahrin Hamidon,
    Bendahari Agung DPMM
  • Tuan Haji Mohd. Fadzli Mustafa,
    Setiausaha
    Ahli Majlis Eksekutif DPMM

 

Lain-Lain Ahli :

  • Prof. Adj. Sr. Dr. Mohd Mazlan Hj. Che Mat
  • Ir. Dr.Syed Mansur B. Syed Junid
  • 2 Orang Tokoh Pemaju Hartanah Melayu
  • 2 Orang Wakil Dari GLC/Agensi Kerajaan
  • Seorang Wakil Dari CIDB
  • 2 Orang Wakil Bank

Penasihat Teknikal:

  1. QS
  2. Arkitek
  3. Perancang Bandar
  4. Peguam

 

Terma Rujukan :
Memberi Nasihat Kepada DPMM Dalam Menjayakan Program Perumahan Kos Sederhana (PPKS) Dalam Aspek:-

  • Pendaftaran Online (Borang)
  • Tanah
    1. Infrastruktur
    2. Kewangan
    3. Pengurusan
    4. Perlaksanaan
    5. Kriteria Pemilihan Pemohon
    6. Promosi
    7. Dan Lain-Lain Yang Berkaitan