TUPMB

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bersama dengan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) telah bersetuju supaya satu tabung dinamakan “Tabung Usahawan dan Pelaburan Bumiputera” ditubuhkan.

Tabung tersebut ditubuhkan oleh DPMM dan MTEM dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan dan GLCs pada 14 September 2012.

Dicadangkan tabung pertama ini bernilai tidak kurang RM500 juta dan dipertingkatkan kepada RM1 billion. 50% saham ekuiti dipegang oleh agensi-agensi Kerajaan dan GLCs.  Baki 50% lagi dicarum oleh orang ramai Bumiputera (perseorangan dan syarikat).

Ekuiti 50% daripada agensi Kerajaan dan GLCs sebagai pelaburan untuk jangka masa tidak kurang daripada 10 tahun dan ekuiti 50% oleh Bumiputera (perseorangan dan syarikat) secara unit saham yang boleh dijual beli kepada Bumiputera sahaja.

Objektif tabung ini ialah perkongsian pintar (smart partnership) di antara agensi Kerajaan, GLCs, Bumiputera dengan orang Melayu dalam program pembangunan ekonomi orang Melayu dalam beberapa sektor strategik seperti:-

 

1. Francais;

2. Perumahan Kos Sederhana;

3. Pemasaran untuk produk;

4. Industri perkhidmatan; dan

5. Pengurusan

 

Tabung Usahawan dan Pelaburan Bumiputera Bhd telah ditukarkan nama kepada Tabung Usahawan dan Pelaburan Melayu (TUPMB) Pada 03 Januari 2013.