YAYASAN KAJIAN DAN PEMBANGUNAN DPMM

 

logo-ykpd2

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM (YKPD) ditubuhkan pada 9 April 2009 di bawah Akta Syarikat jaminan terhad. YKPD dilancarkan secara rasmi oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak pada 26 Jun 2009.

OBJEKTIF PENUBUHAN

YKPD ditubuhkan dengan objektif:

  •  Menjalankan kajian pelbagai isu berkaitan keusahawanan Melayu.
  •  Mengkaji kesesuaian dan keberkesanan polisi-polisi yang digubal berkaitan ekonomi orang Melayu.
  •  Menyebarluaskan dapatan kajian dan temuan melalui laporan dan penerbitan.
  •  Mewujudkan program pembangunan dan pengukuhan keusahawanan Melayu.
  •  Menganjurkan pelbagai program mempertemukan usahawan, cendikiawan, teknokrat dan pemimpin Melayu untuk membina jaringan strategik.

AHLI LEMBAGA PENGARAH

Y.M. Datuk (Dr.)  Syed Ali Alattas - Pengerusi YKPD

Y.Bhg. Dato’ Haji Mohamad Alayuddin Che Hassan

Y.Bhg. Dato’ Syed Hussein Abd. Kadir

Y.Bhg. Encik Norsyahrin Hamidon

Y.Bhg. Tuan Haji Hanafee Yusoff

AHLI MAJLIS YKPD

YKPD juga mempunyai kumpulan pemikir berpengalaman yang terdiri daripada para cendikiawan negara dalam berbagai bidang. Barisan pemikir ini kerap berbincang bagi mencetus idea bernas yang memacu YKPD agar sentiasa menjadi tonggak bertepatan dengan objektif penubuhannya. Barisan Ahli Majlis YKPD adalah seperti di bawah:-

1)   Y.M. Datuk (Dr.) Syed Ali Alattas  – Pengerusi YKPD

2)   Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohamad Alayuddin Che Hasan - Yang Dipertua DPMM W.P. Putrajaya

3)    Y.Bhg. Prof. Dato Sri Dr. Zaleha Kamaruddin - Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

4)   Y.Bhg. Tan Sri Sanusi Junid  – Bekas Menteri Kabinet Malaysia

5)   Y.Bhg Tan Sri Dato’ Sri Sabbaruddin Chik - Pengerusi, Amanah Raya Berhad

6)   Y.Bhg Tan Sri Dato’ Indera (Dr.) Abdul Aziz Abdul Rahman  - Senior Partner, Nik Saghir & Ismail    

7)  Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Mohd Yusof Hitam - Bekas Setiausaha, Kementerian Luar Negeri, Malaysia.

8)   Y.Bhg. Dato’ Sri Syed Hussein Abd. Kadir - Timbalan Pengerusi DPMM/ Setiausaha Agung NCCIM

9)    Y.Bhg Datuk Dr. Mohd Ghazali Md. Noor - Alumni Islamic Development Bank Group

10)  Y.Bhg Datuk Kisai Rahmat - Naib Pengerusi Eksekutif , Yasmin Jurumuda Sdn. Bhd.

11)  Y.Bhg Prof Dr. Barjoyai Bardai - Graduate Business School, University Tun Abdul Razak

12)  Y.Bhg. Sr. Dr. Mohd Mazlan Hj. Che Mat - Presiden, MCM Value Sdn. Bhd.

13)  Y.Bhg. Tuan Haji Hanafee Yusoff  - Pengarah Urusan, PRIYAKIN Sdn. Bhd.

14)  YH. Dato’ Hj. Fauzi Hassan - Naib Presiden DPMM

15)  Y.Bhg. Encik Norsyahrin Hamidon - Naib Presiden DPMM

16)  Y.Bhg. Encik Rizal Kamaruzzaman  - Pengarah Eksekutif, Tindakan Strategi Sdn. Bhd.

17)  Y.Bhg Dato’ Dr. Mohd Nazri Khan (Felo YKPD) - Ketua Retail Research, Equity Research.

PROGRAM-PROGRAM

  1. Global Muslim Conference (GMC 2013) telah diadakan pada 4 & 5 Mac 2013 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Tema GMC kali ini ialah “Empowering Muslim Economy and Fostering Unity”. Persidangan ini dihadiri oleh peserta dari Malaysia dan antarabangsa yang terdiri daripada Dewan-Dewan Perniagaan Islam Antarabangsa, OIC, Tokoh-tokoh Ekonomi, CEO dan wakil-wakil syarikat, pemikir-pemikir serta cendikiawan antarabangsa dan tempatan.
  2. GMC 2013 adalah anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM (YKPD) adalah sebagai urusetia bersama dalam menjalankan GMC 2013. Satu majlis jamuan petang telah diadakan sempena Pelancaran GMC 2013 pada 7 Februari 2013 di Hotel Seri pacific, Kuala Lumpur yang akan dihadiri oleh wakil-wakil media, duta-duta serta para perwakilan lain.
  3. Kongres Ekonomi Melayu Peringkat Zon (KEM-Z). Ekoran daripada kejayaan KEM-2012, dalam resolusi telah diputuskan supaya KEM-2012 ini dilanjutkan diperingkat negeri-negeri. Justeru Kongres Ekonomi Melayu Peringkat Zon telah diadakan bermula pada Januari 2013 di 4 zon.
  4. Seperti berikut:-YKDP-jadual
  5. Persidangan Meja Bulat. Telah diadakan pada tarikh 6 Julai 2013 di Matrade, Kuala Lumpur. Tema persidangan kali ini adalah: Masa Depan Orang Melayu – Tuntutan Kepada Perubahan ”. Persidangan ini diadakan bertujuan membincangakan pelaksanaan resolusi-resolusi dari Kongres Ekonomi Melayu 2012, Kongres Ekonomi Melayu Peringkat Zon dan Persidangan Muslim Global (GMC-2013). Berbagai lontaran  idea dan input bernas dari cendikiawan yang hadir telah digarap untuk dimurnikan menjadi satu pelan tindakan yang strategik dan praktikal untuk dilaksanakan oleh badan dan organisasi yang berkaitan demi melonjakkan ekonomi orang Melayu.
  6. Seminar Ekonomi Melayu 2016 (SEM’16), Ballroom Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Tema  : Cabaran Merdekakan Ekonomi Melayu Dalam Alam Ekonomi Baru. Tarikh : 28 Julai 2016     Seminar ini telah dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan kehadiran lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada ahli-ahli DPMM, wakil-wakil dari pelbagai agensi kerajaan, badan-badan korporat, Persatuan Ekonomi Melayu dan sebagainya. Seminar ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu di dalam memperkasakan kedudukan ekonomi mereka di zaman ekonomi baru yang serba mencabar ini. Pembentang Kertas Kerja di seminar ini ialah YBhg Datuk Mohd Ghazali Md. Noor, Ahli Majlis YKPD dan dibantu oleh Encik Rizal Kamaruzzaman, Ahli Majlis YKPD. Ahli Panel pula terdiri daripada YBhg. Tan Sri Dato’ (Dr.) Aziz Abdul Rahman, Ahli Majlis YKPD, YBhg Dato’ Dr. Mohd Nazri Khan Adam, Fello YKPD dan Encik Abdul Halim Abdul Aziz, wakil daripada EPU.
  7. Global Waqf Conference (GWC) – Siri ke 4,  Swansea University Bay Campus, Swansea, Wales, United Kingdom. Tarikh  : 19-21 September 2016. Anjuran UNIRAZAK dengan kerjasama International Centre for Waqf Research (ICWR), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), DPMM/YKPD dan Swansea University.
  8. Seminar Ekonomi Melayu 2017 (SEM’17),Ballroom Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Tema  : Menyusun Semula Pengurusan Ekonomi dan Kewangan Melayu. Tarikh : 02 Mac 2017      Seminar ini telah dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan kehadiran seramai 120 orang yang terdiri daripada ahli-ahli DPMM, wakil-wakil dari pelbagai agensi kerajaan, badan-badan korporat, Persatuan Ekonomi Melayu dan sebagainya. Seminar ini bertujuan untuk memperkasakan orang Melayu khususnya usahawan Melayu walau dalam berbagai bidang. Tanpa pengurusan ekonomi dan kewangan yang betul, maka pincanglah orang Melayu dalam apa bidang yang mereka ceburi. Dari segi pemilikan harta pula, banyak harta orang Melayu telah hilang akbibat gagal dalam menguruskannya. Rata-rata kelemahan usahawan Melayu ialah dari segi pengurusan ekonomi dan kewangan. DPMM menyedari bahawa keciciran dan kelemahan orang Melayu itu mempunyai pertalian dengan tahap ekonomi orang Melayu. Justeru, perkara ini perlu dirungkai dan disusun bagi mengatasinya.                                                                                                                                                  Sesi pembentang kertas kerja telah dibentangkan oleh YBhg Datuk Mohd Ghazali Md. Noor, Ahli Majlis YKPD, Prof. Madya Dr. Norsida Man, Ketua Jabatan Teknologi Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Sr. Dr. Mohd Mazlan Che Mat, Ahli Majlis YKPD dan Datuk Kisai Rahmat, Ahli Majlis YKPD. Seminar ini adalah anjuran DPMM dan dikelolakan oleh YKPD.