SEMINAR EKONOMI MELAYU 2017

SEM 17 (600 x 337)   IMG_8505 (2304 x 1728)

IMG_8510 (1521 x 1140)  IMG_8540 (1521 x 1140)

SEMINAR EKONOMI MELAYU 2017 (SEM’17)

TEMA:
“MENGEMBALIKAN MARUAH DAN MEMPERKASA EKONOMI BANGSA”

Khamis, 2 Mac 2017 @ Ballroom, Hotel Seri Pacific, Jalan Putra, Kuala Lumpur.

PENGENALAN:
Seminar membincangkan ekonomi orang Melayu merupakan acara tahunan DPMM dan Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM (YKPD). Namun bermula dari tahun 2016 ia dikenali sebagai Seminar Ekonomi Melayu (SEM’16). Pada tahun ini SEM’17 bertemakan ”Menyusun Semula Pengurusan Ekonomi & Kewangan Melayu” selaras dengan memperkasakan orang Melayu khususnya usahawan Melayu dalam berbagai bidang. Tanpa pengurusan Ekonomi dan kewangan yang betul, maka pincanglah orang Melayu walau dalam apa bidang yang mereka ceburi. Dari segi pemilikan harta pula, banyak harta orang Melayu telah hilang akibat daripada gagal dalam menguruskannya. Rata-rata kelemahan usahawan Melayu ialah dari segi pengurusan ekonomi dan kewangan. DPMM menyedari bahawa keciciran dan kelemahan orang Melayu itu mempunyai pertalian dengan tahap ekonomi orang Melayu. Justeru, perkara ini perlu dirungkai dan disusun bagi mengatasinya.

FOKUS Perbincangan
Fokus Perbincangan SEM ’17 akan menjurus kepada tema ”Menyusun Semula Pengurusan Ekonomi & Kewangan Melayu” melalui 4 kertas kerja yang akan di bincangkan di bawah 4 Majlis yang telah ditubuhkan di DPMM.
1. Perancangan Ekonomi dan Kewangan
2. Pertanian dan Makanan
3. Perumahan dan Hartanah
4. Logistik dan Pengangkutan

OBJEKTIF
Antara objektif SEM’17 adalah untuk menyediakan platform perbincangan, pertukaran idea dan membina jaringan antara ahli akademik, penyelidik dan pihak pembuat dasar.

KERTAS KERJA
1. TAJUK: “Penyusunan Semula Ekonomi Dan Kewangan Bangsa Kita:
Liputan Semasa Ekonomi Dan Kewangan Bangsa Melayu”.
OLEH: Datuk Dr Mohd Ghazali Bin Md Noor,
Ahli Majlis YKPD/ICWR/Senior Consultant, Tindakan Strategi Sdb Bhd.

2. TAJUK: “Pertanian, Kesan Perubahan Cuaca dan Jaminan Bekalan Makanan”.
OLEH: Prof. Madya Dr. Norsida Man,
Ketua Jabatan Teknologi Pertanian, Fakulti Pertanian,
Universiti Putra Malaysia (UPM)

3. TAJUK: “Property and Residential Transaction Profiles”
OLEH: Sr. Dr. Mohd Mazlan Bin Hj. Che Mat,
Ahli Majlis YKPD

4. TAJUK: “Usahawan dalam Industri Logistik dan pengangkutan di Malaysia”.
OLEH: Datuk Kisai Rahmat,
Ahli Majlis YKPD

Sempena dengan SEM’17 telah diadakan :-

- I ) MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PENUBUHAN LEADERSHIP INSTITUTE
(INSTITUT KEPIMPINAN) DI ANTARA DPMM & YAYASAN KAJIAN DAN PEMBANGUNAN DPMM (YKPD).
- II) MAJLIS PELANCARAN BUKU “WAQF LAWS AND MANAGEMENT”
ANJURAN ICWR DENGAN KERJASAMA YKPD DAN UIA.

 

 

 

 

Kami menunggu maklumbalas anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>